Monday, December 27, 2010

Tahniah

`

Tahniah untuk adik, Mohd Syafiq Bin Mohd Safien, untuk kejayaan 9A dalam pmr baru2 ni.. maaf lambat sangat2 wish (dah wish masa telefon tapi secara officialnya, di blog ini belum lagi) ..

Adik,

tahniah dari kami sekeluarga untukmu..
teruskan lah larianmu..
mungkin dalam berlari itu kamu terjatuh
mungkin kerana ada halangan tinggi yang perlu kamu lepasi

maka

berlarilah dan terus lah berlari..
kerna jalanmu masih panjang..
namun sesekali toleh lah ke belakang..
mungkin ada sahabat yang putus asa..
mungkin ada yang tertinggal di belakang..
hulurkan lah tanganmu agar mereka bangkit sebagai pejuang..

adik..

dalam berlari, jangan lupa tanggungjawabmu..
taati pada ALLAH..
taati umi ayah..
jaga hubunganmu dengan si Pencipta
dan jangan lupa hubunganmu dengan manusia


'Tahniah sekali lagi dari kami sekeluarga'


p/s : Hadiah boleh di tuntut ye :)
nanti mintak ngan bro n sis :p


Sunday, November 14, 2010

Biarkan ia BerBicaRa 2









Sometime let the pictures alone do the talking..
Sometime pictures speak more than word..

but

Sometime picture lies..
Sometime pictures remain silence..

P/s: Ketandusan idea untuk menulis tapi di'paksa' oleh my sis :)
Semua gambar di ambil semasa raya di Coburg..
Di tujukan untuk umi ayah abang kakak adik-adik (^__~)


Monday, October 25, 2010

Diari seorang anak


Bismillahirrahmanirrahim..
dengan kalimah agung MU ya ALLAH aku bermula..
agar kau berikan aku ketenangan.. ku pohon kau berikan aku kekuatan..

Sungguh.. hati ini sedang rindu pada keluarga.. kami di bawah langitMU yang sama tapi mereka nun jauh di sana..rindu ku berputik.. mula dari setitis dakwat yang tidak kelihatan..
namun sekarang memenuhi seluruh ruang yang ada..

Tajuk entry sudah sebulan di tulis tapi belum ada kekuatan untuk menyudahinya..
Sungguh.. jari- jari ini sangat ingin menyampaikan bait-bait rindu..

Terasa sangat lama tak dengar suara umi ayah, abang, kakak, adik-adik... kali terakhir dengar suara umi ayah dan adik-adik tiga minggu lepas.. bila dengar suara umi ayah terus rasa sesuatu menusuk jiwa.. hati sebak tapi gembira.. tenang .. damai.. sungguh.. tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan itu..

umi ayah tercinta..
maaf andai anakmu jarang telefon..bukan kerana diri ini tidak mahu tetapi tak mahu umi ayah bimbang.. andai diri ini ada masalah, umi ayah lah orang yang paling akhir hati ini berharap tahu tentang masalah itu.. bukan tidak mahu berkongsi, cuma hati ini tidak mahu orang tersayang susah hati.. namun andai diri ini berjaya dalam sesuatu, kalian lah orang yang paling pertama tahu..
kadang-kadang hati terusik dengan pengorbanan umi ayah.. kalian sudah tunaikan amanah sebagai umi dan ayah.. Hati pun mula berbisik, apa pula hak aku sebagai anak yang telah aku tunaikan??

abang kakak adik-adik tersayang..
tak tahu nak tulis apa.. tekak kering, hati sangat rindu .. saya + anda = kami.. sayang kalian..
adik-adik saya semua sudah besar.. sudah jadi pejuang.. taat kat umi ayah okey..mahu tahu tentang mereka?? cukuplah saya katakan mereka lebih baik dari saya :)

Banyak ingin bercerita tentang keluarga.. tapi speechless..
Moga ALLAH memelihara keluarga kami di dunia dan akhirat.. cukuplah sekadar ENGKAU menjadi pelindung bagi kami dan moga ALLAH AR-RAHIM pertemukan kami sekeluarga di syurga insyaallah..


Friday, September 24, 2010

Eid Di SaNa


malam raya ke 2 (gotong royong masak)

dekat playground

di taman bunga

keluarga rosenheim yang patriotik


walaupun memang raya sudah agak lama berlalu..
walaupun memang kuih raya dalam balang dah lama habis..
walaupun dah telefon rumah dan ucap selamat hari raya

tapi

tetap nak buat ucapan kat sini

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umi ayah, abang kat mesir, kakak yang balik malaysia, adik-adik, saudara mara dan juga buat sahabat seperjuangan, teman yang mengenali diri. Maaf zahir batin





Thursday, August 26, 2010

saya kami & mereka







ini kisah saya kami dan mereka =)

sungguh.. saya sedang rindu..rindu pada keluarga.. 2 orang budak kecik kat atas ni paling rajin bangun sahur (kakak saya cakap) .. dan paling awal bangun sahur.. tapi puasa nya tak.. si abang sebelah kanan tu kadang puasa kadang tak.. memang tak boleh raya la dia tahun nie :P
memang rindu.. nak2 bulan puasa.. petang2 ramai2 gotong royong kat dapur.. sejam sebelum berbuka dengar la suara ayah dengan adik2 mengaji.. malam2 terawih kat masjid.. rindu :)

p/s: semua gambar di curi di blog kakak saya..
tahun ni rumah tak penuh sebab saya dengan abang tak balik..
insyaallah tahun depan semua balik..
salam Ramadhan dari bumi Germany buat keluarga tersayang


Friday, August 20, 2010

Ramadhan

bismillahirrahmanirrahim...

sudah lama tidak menulis.. hati ingin berbicara namun bilamana jejari ini menyentuh papan kekunci, bicara itu menjadi kelu..hilang..

ahlan wasahlan ya ramadhan..
agak terlewat aku menyapa mu..
namun..
semoga kedatanganmu..
tidak sekadar lapar dan dahaga..
tidak sekadar omong kosong..

amat rugi diri itu..
jika keadaanya masih sama..
tatkala pintu langit di buka seluas-luasnya..
pintu taubat..
pintu keampunan..
pintu rahmat..
di lipatkali gandakan pahala amalan..

sungguh..
Allah itu Maha Pemurah

sungguh..
hati ini rindu..
rindu pada air mata..
semoga empangan itu pecah sepanjang ramadhan..

sungguh..
hati ini gembira..
bilamana air mata itu..
tak segan silu untuk bertamu..



kagum..
bilamana anak kecil itu
membaca kitab suci al-quran..
dengan suara yang merdu..
hati turut terbuai dengan suaramu..



tatkala mendengar kalam-MU
hati tersentuh..
alhamdulillah..
syukur..
tanda hati itu belum mati..


Thursday, July 29, 2010

Wacana perpaduan

Baru ni terbaca di blog kakak saya tentang satu perbahasan dan jujurnya saya tertarik dengan perbahasan tentang perpaduan melayu. Klik di sini untuk melihat video perbahasan. Ada 12 bahagian semuanya..

Dalam gembira ada sedih..
dalam kagum ada menyampah..

komen saya???

1. Adab itu ada tak kira dalam apa jua keadaan..
2. Ilmu itu perlu dalam berbicara..
3. Straight to the point..

Kenapa saya peduli??
umi cakap :

"sayangkan negara adalah sebahagian dari Islam"

Pendapat anda???