Wednesday, September 21, 2011

luar kotaK?? why not :)

Bismillahirrahmanirrahim

Moga dengan kalimah AgungMU ya ALLAH diri ini istiqamah dalam menulis..
Moga penulisan ini ada matlamatnya..
Moga tiap patah perkataan ENGKAU kira..
agar menjadi sumber pahala untuk bertemuMU..
Biiznillah insyaAllah..

sungguh..
memang lama tak menulis..
kalau bukan di sebabkan sis tersayang yang 'sound',
makin bersawang la rumah ni :(

Untuk sahabat-sahabat, maaf andai sepanjang kita menjalinkan ukhwah, diri ini kadang-kadang lupa dalam menunaikan amanah sebagai seorang teman..
Buat para sahabat, kalian adalah para dai'e.. tak kira anda adalah seorang pelajar, seorang engineer, seorang doktor, seorang pemuzik, seorang pelukis, seorang penulis mahupun seorang pemain bola sepak.. semua orang ada kelebihan masing-masing..

So.. why don't we use our talent to make an investment in fisabilillah..
and please.. jangan malu untuk membuat kebaikan.. biarlah kita asing di mata penduduk bumi, jangan kita asing di mata penduduk langit..

teringat kepada kata sahabat di alam maya baru-baru ni "di mana kita berada, di situ dakwah di sebarkan"

so.. di bawah adalah salah satu contoh variation in dakwah..
through dialog maybe :)

so again.. please do not limited the dakwah only in masjid or surau that is only fully preoccupied during jumaat prayer..

opss.. one more

to da'ie..

please.. try not choosing your mad'u.. know sometimes it really-really hard to approached somebody and talk about islam.. but who are we to choose right.. maybe they are lots better than us.. dont start making perception because it will blind our sight and affect our purpose .. try varies our way of approaching

LUAR KOTAK?? hmm why not :)

p/s: bout the latest reminder, actually its for me



Thursday, February 3, 2011

a moment to remember


"I'm ashamed of my generation. We old people sat back and lived through decades of corruption without lifting a finger," said Aza el-Hadari, a 63-year-old bookshop owner. "This new generation has given me the best years of my life back.

sekadar meminjam kata-kata seorang warga emas mesir...di jangka hari ini, jumaat, akan menjadi titik tolak jatuh bangunnya rakyat mesir..

apakah regim diktator ini akan akan runtuh mengikut kehendak rakyat?
apakah regim diktator ini kan terus kekal memerintah melalui darah-darah syuhada yang tumpah akibat tembakan-tembakan peluru tidak bermata..


wahai Ansorullah..
teruskan berjuang..
daripada mati menunggu bantuan..
lebih baik gugur sebagai syuhada..


sesungguhnya janji ALLAH itu benar..
yang batil akan jatuh dan yang hak pasti menang...


p/s : umi ayah.. esyah cakap arini kol 6pg waktu malaysia dia gerak g cairo.. berkumpul kat asrama malaysia kat sana tapi dop tahu lagi ble akan pergi ke airport untuk flight ke jeddah... dia cakap arini ade rusuhan besar-besaran kat cairo.. dan internet mungkin susah dapat plus msg mmg dop leh..dia mintak tolong di doakan :)

Sunday, January 30, 2011

Tenang di Balik Resah

bismillahirrahmanirrahim..
dengan kalamMu yang agung aku bermula..

sudah 10 hari protes di mesir bermula.. bermulanya kebangkitan rakyat yang di tindas oleh regim diktator hosni mubarak setelah 3o tahun memerintah.. sungguh.. harga sebuah kebangkitan itu pasti akan di bayar dengan darah-darah syuhada..

hati tak tenteram sejak regim diktator memutuskan segala bentuk komunikasi di sana..

hati asyik bertanya..
selamatkah abang dan kakak di sana..
kenyangkah mereka..
laparkah mereka..
lenakah mereka..

namun di sebalik seribu satu kisah di mesir, terdapat satu kisah yang ingin ku kongsi di bumi malaysia.. yang akhirnya berjaya menimbulkan bait-bait tenang dalam jiwa yang gelora..

reaksi ayah apabila melihat seorang ibu menangis-nangis di kaca tv mengenangkan nasib anak nya nun jauh di mesir..

"kita ni hantar anak-anak ke mesir bukan untuk belajar semata-mata"

sungguh.. kata-kata yang ayah ungkapkan bagai butir- buitr mutiara.. yang menerangi kegelapan hati dengan kilauan cahaya ketenangan.. sungguh.. hati ayah mana yang tidak gelisah tentang anak nya di negara bergolak.. bukan seorang tapi dua.. bukan keduanya putera bahkan terselit seorang puteri.. tapi jiwa ayah jiwa pejuang yang faham erti jihad..

Alhamdulillah.. ada tenang di balik resah..
cukuplah hanya ALLAH menjadi penolong bagi kami..


P/s : Alhamdulillah.. abang dan kakak ada telefon selepas kerajaan menarik balik sekatan komunikasi..
selamat ulang tahun kelahiran buat kakak tersayang, aisyah, di mesir (27hb) dan adik, syafiq, di malaysia(31hb).. sorry lambat wish di sini :(


Monday, January 24, 2011

Mohd Sayuti Mohd Safien


"Jaga solat.."
"Jaga hubungan dengan ALLAH.."
Itu bicara dia pada saya sebelum saya mengembara..sangat matured right??

23.01.2011..

genap umur adik 17 tahun..
Mohd Sayuti Bin Mohd Safien..

apa bicara saya tentang dia??
dia antara adik yang paling saya bimbang..
dia panas baran..

tapi itu cerita lama..

sekarang..

sungguh...
saya mengagumi dia..
pada saya, usia bukan sahaja penambahan angka-angka..
tetapi kematangan dia..
maturity bak kata orang kampung saya..
kami 5 tahun berbeda..
but he's lots more mature then me..
dalam tegas ada lembutnya..

teringat kisah kami di bumi terengganu yang bertuah..
alang2 berada di hospital k.terengganu,
dia nak lawat kawan dia yang terlantar sakit yang agak teruk..
saya dan ayah pergi cari tempat parking..
dia naik melawat sahabat dia..
then when finished ziarah his friend,
dia pergi kat kereta..
and i without thinking and senseless and without bits of maturity asked him..
'bakpe mate meroh oo???'....
huhu.. sorry for not being concern bout the situation at that time..

alhamdulillah.. benih yang umi ayah semai..
tumbuh mekar menjadi pejuang..
apabila sahabat di timpa musibah, dia turut sama merasai..
betapa indahnya ukhuwah..

uti..
iwan doakan cita-cita uti untuk ke madinah al-munawwarah tercapai..
apa yang penting..
uti jaga hubungan dengan ALLAH..
taat kat umi ayah :)

p/s : gambar di curi (again) at my sis's blog..
hadiah nanti iwan bagi masa iwan balik :) :)
im having final exam.. so to all sahabat2 who visit this home, kalau
boleh luang kan masa seminit dua untuk doakan saya agar
dipermudahkan segalanya.. amin

Monday, December 27, 2010

Tahniah

`

Tahniah untuk adik, Mohd Syafiq Bin Mohd Safien, untuk kejayaan 9A dalam pmr baru2 ni.. maaf lambat sangat2 wish (dah wish masa telefon tapi secara officialnya, di blog ini belum lagi) ..

Adik,

tahniah dari kami sekeluarga untukmu..
teruskan lah larianmu..
mungkin dalam berlari itu kamu terjatuh
mungkin kerana ada halangan tinggi yang perlu kamu lepasi

maka

berlarilah dan terus lah berlari..
kerna jalanmu masih panjang..
namun sesekali toleh lah ke belakang..
mungkin ada sahabat yang putus asa..
mungkin ada yang tertinggal di belakang..
hulurkan lah tanganmu agar mereka bangkit sebagai pejuang..

adik..

dalam berlari, jangan lupa tanggungjawabmu..
taati pada ALLAH..
taati umi ayah..
jaga hubunganmu dengan si Pencipta
dan jangan lupa hubunganmu dengan manusia


'Tahniah sekali lagi dari kami sekeluarga'


p/s : Hadiah boleh di tuntut ye :)
nanti mintak ngan bro n sis :p


Sunday, November 14, 2010

Biarkan ia BerBicaRa 2









Sometime let the pictures alone do the talking..
Sometime pictures speak more than word..

but

Sometime picture lies..
Sometime pictures remain silence..

P/s: Ketandusan idea untuk menulis tapi di'paksa' oleh my sis :)
Semua gambar di ambil semasa raya di Coburg..
Di tujukan untuk umi ayah abang kakak adik-adik (^__~)


Monday, October 25, 2010

Diari seorang anak


Bismillahirrahmanirrahim..
dengan kalimah agung MU ya ALLAH aku bermula..
agar kau berikan aku ketenangan.. ku pohon kau berikan aku kekuatan..

Sungguh.. hati ini sedang rindu pada keluarga.. kami di bawah langitMU yang sama tapi mereka nun jauh di sana..rindu ku berputik.. mula dari setitis dakwat yang tidak kelihatan..
namun sekarang memenuhi seluruh ruang yang ada..

Tajuk entry sudah sebulan di tulis tapi belum ada kekuatan untuk menyudahinya..
Sungguh.. jari- jari ini sangat ingin menyampaikan bait-bait rindu..

Terasa sangat lama tak dengar suara umi ayah, abang, kakak, adik-adik... kali terakhir dengar suara umi ayah dan adik-adik tiga minggu lepas.. bila dengar suara umi ayah terus rasa sesuatu menusuk jiwa.. hati sebak tapi gembira.. tenang .. damai.. sungguh.. tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan itu..

umi ayah tercinta..
maaf andai anakmu jarang telefon..bukan kerana diri ini tidak mahu tetapi tak mahu umi ayah bimbang.. andai diri ini ada masalah, umi ayah lah orang yang paling akhir hati ini berharap tahu tentang masalah itu.. bukan tidak mahu berkongsi, cuma hati ini tidak mahu orang tersayang susah hati.. namun andai diri ini berjaya dalam sesuatu, kalian lah orang yang paling pertama tahu..
kadang-kadang hati terusik dengan pengorbanan umi ayah.. kalian sudah tunaikan amanah sebagai umi dan ayah.. Hati pun mula berbisik, apa pula hak aku sebagai anak yang telah aku tunaikan??

abang kakak adik-adik tersayang..
tak tahu nak tulis apa.. tekak kering, hati sangat rindu .. saya + anda = kami.. sayang kalian..
adik-adik saya semua sudah besar.. sudah jadi pejuang.. taat kat umi ayah okey..mahu tahu tentang mereka?? cukuplah saya katakan mereka lebih baik dari saya :)

Banyak ingin bercerita tentang keluarga.. tapi speechless..
Moga ALLAH memelihara keluarga kami di dunia dan akhirat.. cukuplah sekadar ENGKAU menjadi pelindung bagi kami dan moga ALLAH AR-RAHIM pertemukan kami sekeluarga di syurga insyaallah..