Sunday, January 30, 2011

Tenang di Balik Resah

bismillahirrahmanirrahim..
dengan kalamMu yang agung aku bermula..

sudah 10 hari protes di mesir bermula.. bermulanya kebangkitan rakyat yang di tindas oleh regim diktator hosni mubarak setelah 3o tahun memerintah.. sungguh.. harga sebuah kebangkitan itu pasti akan di bayar dengan darah-darah syuhada..

hati tak tenteram sejak regim diktator memutuskan segala bentuk komunikasi di sana..

hati asyik bertanya..
selamatkah abang dan kakak di sana..
kenyangkah mereka..
laparkah mereka..
lenakah mereka..

namun di sebalik seribu satu kisah di mesir, terdapat satu kisah yang ingin ku kongsi di bumi malaysia.. yang akhirnya berjaya menimbulkan bait-bait tenang dalam jiwa yang gelora..

reaksi ayah apabila melihat seorang ibu menangis-nangis di kaca tv mengenangkan nasib anak nya nun jauh di mesir..

"kita ni hantar anak-anak ke mesir bukan untuk belajar semata-mata"

sungguh.. kata-kata yang ayah ungkapkan bagai butir- buitr mutiara.. yang menerangi kegelapan hati dengan kilauan cahaya ketenangan.. sungguh.. hati ayah mana yang tidak gelisah tentang anak nya di negara bergolak.. bukan seorang tapi dua.. bukan keduanya putera bahkan terselit seorang puteri.. tapi jiwa ayah jiwa pejuang yang faham erti jihad..

Alhamdulillah.. ada tenang di balik resah..
cukuplah hanya ALLAH menjadi penolong bagi kami..


P/s : Alhamdulillah.. abang dan kakak ada telefon selepas kerajaan menarik balik sekatan komunikasi..
selamat ulang tahun kelahiran buat kakak tersayang, aisyah, di mesir (27hb) dan adik, syafiq, di malaysia(31hb).. sorry lambat wish di sini :(


No comments:

Post a Comment