Sunday, January 30, 2011

Tenang di Balik Resah

bismillahirrahmanirrahim..
dengan kalamMu yang agung aku bermula..

sudah 10 hari protes di mesir bermula.. bermulanya kebangkitan rakyat yang di tindas oleh regim diktator hosni mubarak setelah 3o tahun memerintah.. sungguh.. harga sebuah kebangkitan itu pasti akan di bayar dengan darah-darah syuhada..

hati tak tenteram sejak regim diktator memutuskan segala bentuk komunikasi di sana..

hati asyik bertanya..
selamatkah abang dan kakak di sana..
kenyangkah mereka..
laparkah mereka..
lenakah mereka..

namun di sebalik seribu satu kisah di mesir, terdapat satu kisah yang ingin ku kongsi di bumi malaysia.. yang akhirnya berjaya menimbulkan bait-bait tenang dalam jiwa yang gelora..

reaksi ayah apabila melihat seorang ibu menangis-nangis di kaca tv mengenangkan nasib anak nya nun jauh di mesir..

"kita ni hantar anak-anak ke mesir bukan untuk belajar semata-mata"

sungguh.. kata-kata yang ayah ungkapkan bagai butir- buitr mutiara.. yang menerangi kegelapan hati dengan kilauan cahaya ketenangan.. sungguh.. hati ayah mana yang tidak gelisah tentang anak nya di negara bergolak.. bukan seorang tapi dua.. bukan keduanya putera bahkan terselit seorang puteri.. tapi jiwa ayah jiwa pejuang yang faham erti jihad..

Alhamdulillah.. ada tenang di balik resah..
cukuplah hanya ALLAH menjadi penolong bagi kami..


P/s : Alhamdulillah.. abang dan kakak ada telefon selepas kerajaan menarik balik sekatan komunikasi..
selamat ulang tahun kelahiran buat kakak tersayang, aisyah, di mesir (27hb) dan adik, syafiq, di malaysia(31hb).. sorry lambat wish di sini :(


Monday, January 24, 2011

Mohd Sayuti Mohd Safien


"Jaga solat.."
"Jaga hubungan dengan ALLAH.."
Itu bicara dia pada saya sebelum saya mengembara..sangat matured right??

23.01.2011..

genap umur adik 17 tahun..
Mohd Sayuti Bin Mohd Safien..

apa bicara saya tentang dia??
dia antara adik yang paling saya bimbang..
dia panas baran..

tapi itu cerita lama..

sekarang..

sungguh...
saya mengagumi dia..
pada saya, usia bukan sahaja penambahan angka-angka..
tetapi kematangan dia..
maturity bak kata orang kampung saya..
kami 5 tahun berbeda..
but he's lots more mature then me..
dalam tegas ada lembutnya..

teringat kisah kami di bumi terengganu yang bertuah..
alang2 berada di hospital k.terengganu,
dia nak lawat kawan dia yang terlantar sakit yang agak teruk..
saya dan ayah pergi cari tempat parking..
dia naik melawat sahabat dia..
then when finished ziarah his friend,
dia pergi kat kereta..
and i without thinking and senseless and without bits of maturity asked him..
'bakpe mate meroh oo???'....
huhu.. sorry for not being concern bout the situation at that time..

alhamdulillah.. benih yang umi ayah semai..
tumbuh mekar menjadi pejuang..
apabila sahabat di timpa musibah, dia turut sama merasai..
betapa indahnya ukhuwah..

uti..
iwan doakan cita-cita uti untuk ke madinah al-munawwarah tercapai..
apa yang penting..
uti jaga hubungan dengan ALLAH..
taat kat umi ayah :)

p/s : gambar di curi (again) at my sis's blog..
hadiah nanti iwan bagi masa iwan balik :) :)
im having final exam.. so to all sahabat2 who visit this home, kalau
boleh luang kan masa seminit dua untuk doakan saya agar
dipermudahkan segalanya.. amin