Monday, October 25, 2010

Diari seorang anak


Bismillahirrahmanirrahim..
dengan kalimah agung MU ya ALLAH aku bermula..
agar kau berikan aku ketenangan.. ku pohon kau berikan aku kekuatan..

Sungguh.. hati ini sedang rindu pada keluarga.. kami di bawah langitMU yang sama tapi mereka nun jauh di sana..rindu ku berputik.. mula dari setitis dakwat yang tidak kelihatan..
namun sekarang memenuhi seluruh ruang yang ada..

Tajuk entry sudah sebulan di tulis tapi belum ada kekuatan untuk menyudahinya..
Sungguh.. jari- jari ini sangat ingin menyampaikan bait-bait rindu..

Terasa sangat lama tak dengar suara umi ayah, abang, kakak, adik-adik... kali terakhir dengar suara umi ayah dan adik-adik tiga minggu lepas.. bila dengar suara umi ayah terus rasa sesuatu menusuk jiwa.. hati sebak tapi gembira.. tenang .. damai.. sungguh.. tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan itu..

umi ayah tercinta..
maaf andai anakmu jarang telefon..bukan kerana diri ini tidak mahu tetapi tak mahu umi ayah bimbang.. andai diri ini ada masalah, umi ayah lah orang yang paling akhir hati ini berharap tahu tentang masalah itu.. bukan tidak mahu berkongsi, cuma hati ini tidak mahu orang tersayang susah hati.. namun andai diri ini berjaya dalam sesuatu, kalian lah orang yang paling pertama tahu..
kadang-kadang hati terusik dengan pengorbanan umi ayah.. kalian sudah tunaikan amanah sebagai umi dan ayah.. Hati pun mula berbisik, apa pula hak aku sebagai anak yang telah aku tunaikan??

abang kakak adik-adik tersayang..
tak tahu nak tulis apa.. tekak kering, hati sangat rindu .. saya + anda = kami.. sayang kalian..
adik-adik saya semua sudah besar.. sudah jadi pejuang.. taat kat umi ayah okey..mahu tahu tentang mereka?? cukuplah saya katakan mereka lebih baik dari saya :)

Banyak ingin bercerita tentang keluarga.. tapi speechless..
Moga ALLAH memelihara keluarga kami di dunia dan akhirat.. cukuplah sekadar ENGKAU menjadi pelindung bagi kami dan moga ALLAH AR-RAHIM pertemukan kami sekeluarga di syurga insyaallah..


2 comments:

  1. laa,dok sapa pun lg setahun og?cepat ngat rindu keluarga..hehe..

    ReplyDelete
  2. Good job Safwan..
    Terharu kak ti baca..Semoga putera kak ti (Mujahid n Muaz) jadik macam abang sepupu dia juga insyaAllah..

    ReplyDelete