Thursday, July 29, 2010

Wacana perpaduan

Baru ni terbaca di blog kakak saya tentang satu perbahasan dan jujurnya saya tertarik dengan perbahasan tentang perpaduan melayu. Klik di sini untuk melihat video perbahasan. Ada 12 bahagian semuanya..

Dalam gembira ada sedih..
dalam kagum ada menyampah..

komen saya???

1. Adab itu ada tak kira dalam apa jua keadaan..
2. Ilmu itu perlu dalam berbicara..
3. Straight to the point..

Kenapa saya peduli??
umi cakap :

"sayangkan negara adalah sebahagian dari Islam"

Pendapat anda???


Sunday, July 25, 2010

NIKmat~

kadang2 kita lupa..
tentang nikmat yang kita dapat..
pernah tak kita fikir...
macam mana orang lain
bersusah payah hendak mendapat nikmat itu..
sampai kena meninggalkan tanah air..
harta benda..
even nyawa sekalipun..

saya tertarik dengan video ini..
selalu tengok tapi tak pernah puas..




the way he converted to islam..
his experience..
the way he talk..
the way he try to seek for the truth..
i just like this video...
because it make me think..
how others struggle..
how others faced difficulties..
to get the 'nikmat'..
and how easy we are..
to get the 'nikmat'...
the 'nikmat' that we get as soon as we get born..
the 'nikmat' of ISLAM ..


"barang siapa yang tidak pernah di bakar terik mentari,
mustahil menghargai rimbun berteduh"


Tuesday, July 13, 2010

KeHIduPAn

ujian itu datang dan pergi dalam kalam sebuah kehidupan..
hari ini kamu di uji.. esok mungkin ia pergi..
hari ini kamu gembira.. mungkin esok kamu berduka...
hari ini mungkin kamu sengsara.. mungkin esok juga begitu..
barangkali lusa kamu bahagia..

sungguh...
beratnya hari ini..
masalah itu datang bertimpa...
bukan satu.. bukan dua..
banyak..
ku sediakan diri ini untuk berdepan salah satu ujian itu..
ujian yang di jangka bertamu pada suatu masa..
namun..
ia datang bertamu lebih awal..
di ikuti dengan masalah2 lain..

sungguh..
lemahnya diri.. kosong nya jiwa..
lidah itu kelu untuk berkata-kata..
tatkala kelas sejam setengah lagi nak habis, diri ini maju ke depan..
berbicara dengan pensyarah..
saya: Entschuldigung.. err.. kann ich heute fruher zuruck gehen??"
dia : warum??
saya: ich kann mich nicht konzentieren... bla bla bla (banyak saya bagi sebab)
dia : okey.. aber bitte nimmst du dies Blatt fur H.A..
saya: danke schon und es tut mir sehr-sehr leid..

alhamdulillah...
nasib baik pensyarah memahami..
balik awal hari ini..

sungguh..
gundahnya hati..kosongnya jiwa.. lemahnya diri..
beratnya terasa ujian itu..

kadang-kadang ingin mengeluh...
tentang beratnya sebuah perjuangan..
tentang seksanya untuk belajar..
tentang makanan...
tentang kehidupan..

tapi..
bila kenang balik..
bersyukur sebab..
tak semua orang di pilih untuk berjuang..
tak semua dapat peluang untuk belajar...
tak semua orang dapat makanan..
tak semua orang dapat hidup lama-lama..


"mengharungi samudera kehidupan..
kita ibarat para pengembara..
hidup ini
adalah perjuangan......."




sampai di rumah
ambil wudhu'
cari kopiah..
dan.........


ALLAHUAKBAR...
Bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillahirabbila'lamin..
...........
iyyakanakbuduwaiyyakanasta'in...
(hanya engkau kami sembah dan hanya engkau kami mohon pertolongan)

ya ALLAH..
terimalah solatku..
hilangkan gundah ini..
penuhkan jiwa ini ...
kuatkan diri ini..
dampingi diri ini..
kerdilnya hamba ini ya ALLAH..

sungguh...
ujian itu tanda ALLAH sayang..
ujian itu mendekatkan diri kepada si AL-KHALIQ..
sudah menjadi FITRAH
hamba itu akan kembali kepada PENCIPTA
apabila diri merasa kosong.. merasa perlunya tempat bergantung..

sungguh..
ujian itu adalah satu cara..
cara ALLAH supaya kita mengingatinya..
satu bentuk tarbiah dari ALLAH ARRAHIM
supaya kita sedar kita ini hamba..
supaya kita sedar betapa perlunya
kebergantungan kepada SI PENCIPTA..

YA ALLAH..
lapangkan hatiku...
permudahkan urusanku...
kuatkan hatiku...
dekatkan diriku kepadaMU
amin...


Saturday, July 10, 2010

TeRUsiK~~

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan kalimahMU yang AGUNG
ALLAH ya RAHIM
dengan namaMU yang MAHA PENGASIH
aku bermula..

supaya catatan ini tidak menjadi fitnah
tidak menggores hati sesiapa
tulisan ini bukan rintihan
bukan pula suatu pujangga
cuma bingkisan hati
seorang insan yang lemah..

hari ini..
hati kecil terusik
pabila membaca entry saudara seislam
yang mana..
berkisar tentang
IBU BAPA..

entry itu..
kerna dendam (maaf andai perkataan ini kasar) seorang anak
terhadap seorang insan
yang tidak menunaikan amanah sebagai seorang AYAH
yang menanamkan bibit2 kebencian dalam diri anak nya
sehingga anak itu menganggap
ayahku sudah "mati"..
he don't deserved to be loved..
sehingga anak ini tidak sanggup
untuk menyebut perkataan AYAH...
(entry itu panjang sebenarnya)

sungguh..
hati ini berkocak..
air mula bertakung di empangan mata..
sungguh..
aku tidak berada di tempatmu saudaraku..
tidak merasai apa yang kamu rasa..
sungguh..
aku ini bukan sesiapa..
untuk aku menasihatmu..
untuk merungkaikan dendam itu

namun..
aku berkongsi sedikit
agar kamu tahu..
agar kamu sedar..
apa yang di perintahkan kepadamu



sungguh..
aku merintih kepadamu ALLAH AL-KHALIQ..
agar ENGKAU menitipkan
sinar iman...
cahaya islam..
berikan kekuatan
kepada saudaraku
untuk melawan godaan
nafsu amarah..

P/s: untuk umi dan ayah.. terima kasih sangat2 sebab didik iwan dengan kasih sayang.. kasih seorang ayah dan sayang seorang umi .tak jemu2 didik iwan dengan penuh tanggungjawab.. sampai iwan kenal apa itu islam.. sampai iwan faham apa itu iman.. ingat lagi dulu ayah ajar mengaji dengan rotan.. sampai nangis2... umi pula suruh hafal nama-nama Asma ulhusna (5nama setiap hari sampai 99)..terima kasih pada umi dan ayah sebab tak jemu2 bercerita tentang sirah Rasulullah.. masa nak merantau pun umi ayah tanya lagi "solat tu dah sempurna ke belum".. ayah siap ajar balik cara nak angkat takbir macam mana.. kedudukan kaki masa solat macam mana.. sungguh.. hati ini cukup terharu.. ayah masih lagi sudi mengajar walaupun anak kecil ini sudah 2o tahun(masa tu)..

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil’’

Friday, July 9, 2010

Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

sahabat2 ukhwah fillah...
hayati dan hayati lah...
semoga ALLAh AL_KHALIQ
membuka pintu hati kita..
melapangkan hati kita..
menguatkan sinar iman dan islam..
INSYAALLAH

P/s: credit to http://www.faizalr.com/2005/09/peristiwa-israk-mikraj

Thursday, July 8, 2010

Biarkan ia BerBicaRa



dalam train DB..ulang alik dari rosenheim ke munschen tiap2 hari.. sejam kot
p/s: beg merahku yg b'harga rm12 (beli kat m'sia)

xtau la pokok jenis apa kat blakang tu anip wif beskal barunye :)
(tgh kontrol sejuk sbb x pky sweater) (dia x sejuk sbb tu dia senyum)



Subhanallah.. pokok itu tajam durinya



tepi tingkap rumah. teddy tu kawan yg da keje bg tyme kat epot..



ni kat munschen HBf.. tgh pegang doner kebab.. tapi prefer nasi more than that :)
blakang tu ICE.. mahal kot naik mende tue


  • p/s: untuk tatapan ayah umi adik2 kat m'sia plus abang n kakak kat mesir..
  • doakan yg terbaik untuk insan ini




Monday, July 5, 2010

HIKMAH ~

Bismillahirrahmanirrahim...
dengan kalimahMu yang Agung
aku bermula..

semoga kata2 ini
dapat menyentuh
hati sahabat2 yang gundah

seorang sahabat mengadu..
betapa kecewanya diri
kerna tingginya rintangan
kerna kuatnya badai
dalam kembara diri seorang pelajar..

sungguh..
tiada kata yang dapat ku ucapkan
melainkan
LA TAHZAN ya ukhti
sesungguhnya..
HIKMAH itu ada
bagi mereka yang berfikir..

ALLAH Al-KHALIQ m'campakkan perasaan itu
agar dirimu mengerti
betapa KERDILnya
makhluk yang b'gelar INSAN
sungguh..
bersabarlah wahai pejuang
sesungguhnya JANJI ALLAH itu benar..

"wahai orang yang BERIMAN, BERSABARLAH kamu (m'hadapi kesukaran dalam mengerjakan kebajikan). dan kuatkanlah KESABARAN mu melebihi kesabaran musuh (di medan perang) dan BERSEDIA serta BERTAQWA lah kamu kepada ALLAH supaya kamu MENCAPAI KEMENANGAN"
-ali imran:200-

aku nukilkan kata2
untuk dirimu wahai sahabat

"bila hati ikut merasa apa yg kamu rasa tapi lidah kelu untuk b'bicara.. semoga ALLAH ALMIGHTY selalu m'jagamu.. semoga ALLAH kuatkan kamu bila mana kamu lemah.. andai hatimu t'luka,moga ALLAH gembirakan kamu.. take UJIAN as TARBIAH untuk kamu semakin matang..hati ini selalu m'doakan dirimu.. andai KEGAGALAN datang MENERJAH, semoga ALLAH melapangkan hati kamu...andai KEJAYAAN datang BERTAMU, semoga kamu SYUKUR.."